Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

KENAPA SAYA TIDAK BOIKOT SHAKLEE?

SANDARAN YANG PERTAMA
Saya berasandarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau (zaharuddin.net)

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.

Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.

Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك

Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

SANDARAN YANG KEDUA
Dr.MAZA mengatakan kita tidak memboikot produk Yahudi, tapi produk Israel atau yg menyumbang pd Israel.

"Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya."

http://www.sinarharian.com.my/semasa/boikot-produk-israel-bukan-produk-yahudi-1.299245

Boleh juga baca:
http://drmaza.com/home/?p=1818

SANDARAN YANG KETIGA
AQSA SYARIF sendiri mengatakan kita tidak memboikot company/ produk US tapi kita boikot mereka yg jelas menyumbang pd Israel. Umpamanya McD kita boikot sbb JELAS menyumbang pd negara haram Israel.

FB Aqsa Syarif: https://www.facebook.com/aqsa.syarif

SANDARAN YANG KEEMPAT
Shaklee tak ada dalam list Inminds, produk/ company yg kena boikot. Malah, bisnes Roger Barnett yg lain selain Shaklee -Burberry dan Beauty.com pun TIDAK ADA DISENARAIKAN dlm senarai yg kena boikot.

http://www.inminds.com/
http://www.inminds.co.uk/

SANDARAN YANG KELIMA
Pengakuan Roger Barnett sendiri & company statement sebelum ini mengatakan Shaklee tidak menyokong keganasan, tidak terlibat dgn politik dan TIDAK MENYUMBANG PADA ISRAEL ZIONIS.

Video pengakuan Roger Barnett: http://www.youtube.com/watch?v=Fkg9WKBwpOs&feature=share

SANDARAN YANG KEENAM
Petunjuk drp Allah melalui solat hajat, istikharah, doa & keberserahan yg TOTAL kpd Allah SWT & hanya kepada Allah SWT. Allah jua sebaik2 penunjuk jalan.

Semoga Allah tuntun kita di atas jalan kebenaran dan kebaikan. Amin. InsyaAllah.

‪#‎ShakleeEffect‬
‪#‎KenapaTakBoikotShaklee‬

Shampoo shaklee


Ramai yang xtaw rupanya shaklee ade set shampoo..

Set shampoo + conditioner + csalp care prosante terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi.

Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.

Hubungi saya utk dapatkan set shampoo ini..
faizah 018-2003707

Pengedar Shaklee telok panglima garang

Pengedar Shaklee Telok Panglima Garang, Sijangkang, Kg Medan, Jusco Bukit Tinggi, Giant Klang, Bandar Botanik, Parklands, Bandar Puteri, Johan Setia, Jenjarom, UiTM Shah Alam, Unisel, MSU, Stadium Shah Alam, Politeknik Shah Alam, Plaza Alam Sentral, PKNS, SACC Mall, I-City, Seksyen 7 (berhampiran Jakel/Pusat Komersial), Seksyen 2, Padang Jawa, Alam Avenue, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran.


♥..Assalamualaikum..♥

~ I'm your Shaklee Independent Distributor ~
~ faizah ID 916981 ~

Sy ♥ZA♥ salah seorang Pengedar Shaklee Telok Panglima Garang, Sijangkang, Kg Medan, Jusco Bukit Tinggi, Giant Klang, Bandar Botanik, Parklands, Bandar Puteri, Johan Setia, Jenjarom, Damansara, UiTM Shah Alam, Unisel, MSU, Stadium Shah Alam, Politeknik Shah Alam, Plaza Alam Sentral, PKNS, SACC Mall, I-City, Seksyen 7 (berhampiran Jakel/Pusat Komersial), Seksyen 2, Padang Jawa, Alam Avenue, Jusco Bukit Raja dan kawasan Shah Alam yang berhampiran.

Saya tinggal di Kg Medan, Sijangkang. SUAMI saya bekerja di Shah Alam dan selalu ke site di Damansara.

Khidmat penghantaran percuma (COD) dibuat di kawasan tersebut, manakala khidmat pos disediakan untuk yg berada jauh dari kawasan yang di nyatakan.

Untuk student dan customer yang berminat mencuba produk Shaklee tetapi mempunyai kekangan kewangan, saya sarankan anda cuba set bajet dalam gambar di bawah ni dulu ya.

Boleh terus whatsapp/sms saya Za 018-2003707 untuk pertanyaan produk dan order.
Boleh tengok & like FB Page saya ~ www.facebook.com/lovelybeautyvitamin
untuk lebih info dan promosi terkini.

~ Terima Kasih semua ♥♥ ~
=======================================

♥ THANK YOU ♥

LELAKI SUBUR & POWER

Bukan sahaja wanita ada set subur taw. Lelaki pun boleh cuba Set Kesuburan Bagi yang sedang berusaha nak dapatkan zuriat:

💜Zink Complex
yang mana merupakan zat yang paling terpenting bagi lelaki. Tahukah anda sperma yang sihat mengandungi konsentrasi zink yang paling tinggi. Selain itu, ia juga meningkatkan mobiliti, motiliti dan ciri-ciri fizikal yang sihat. Masalah pembengkakan prostat dan mati pucuk juga dapat dikurangkan.

💜Vita-E Complex
yang juga dikenali sebagai vitamin cinta. Bagi lelaki ia akan meningkatkan mobiliti sperma untuk menuju ke ovum dan seterusnya melekat ke tiub falappio. Kiranya, dengan Vita-E Complex ini sperma lebih tahu ke arah mana yang hendak dituju. Macam pakai GPS.

💜CoQHealth Plus
pula meningkatkan kelajuan sperma untuk disenyawakan ke ovum. Kalau dulu macam naik sampan sahaja sekarang lebih kepada speed boat.

Dengan pengambilan Set Kesuburan Lelaki ini, fizikal sperma yang sihat dapat diperolehi, tenaga yang kuat bagi sperma untuk hidup juga jangka hayat yang lebih lama..

sehingga 5 hari bagi meninggikan lagi peluang persenyawaan.

LoVely FaiZah
018-2003707
Pengedar Shaklee

Power pumping

POWER PUMPING ~ salah satu kaedah meningkatkan penghasilan susu badan

Apa itu Power Pumping?
teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik
Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu.
Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
Ibu berkerjaya yang sibuk hingga tidak dapat mengepam mengikut jadual masa tertentu di tempat kerja.
Bagaimana Nak Buat Power Pumping?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam (walaupun susu tak keluar, tak pe habis kan sesi sejam tu).

Macammana tu ?? Haaa, ini dia secara ringkasnya :-

0-10min : Pam B1
10-20 min : Pam B2
20-30 min : Pam B1
30-40 min : Pam B2
40 – 50 min : Pam B1
50 – 60 min : Pam B2
Nota : bergilir2 payudara sebelah kanan dan kiri. Buat sehingga sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam (waktu rehat tu cuba minum seteguk air ok).

Ini pulak kalo anda guna double pumping :-

0-10min : Pam
10-20 min : Rehat
20-30 min : Pam
30-40 min : Rehat
40 – 50 min : Pam
50 – 60 min : Rehat

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu
Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam. (saya suka teknik nie, lumba sama ada baby kenyang dulu atau botol penuh dulu.., baby saya pun macam dah faham je, ehehehehe)
Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
Pum setiap 2-3jam sekali
Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)
Untuk mama-mama diluar sana yang mengambil suplemen bagi menjayakan penyususan, anda haruslah :-
Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekurang-kurangnya.
Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil. Allah menjadikan penghasilan susu ibu based on DEMAND vs SUPPLY rules.
Minum air sebanyak 3 liter.
Minum sedikit tetapi istiqamah, Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita. Saya selalu memesan pada ibu-ibu untuk sukat air minuman supaya kita tahu berapa kita dah minum setiap hari. Cara mudah, sediakan bekas air 1L, letak di tempat yang senang Nampak dan senang dicapai. Habis kan setiap 1L dari pagi – lunch hour, lunch hour-petang, petang-malam. InsyaAllah, ianya mudah.
DOA yang berterusan.
Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Disamping itu boleh amalkan baca surah al-waqiah dan zikir.
Credit :
Zura Betty
Kak Laila

Saya faizah, pengedar shaklee anda.

Pm / whatsapp 018-2003707

 

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.