KALORI DAN KAITANNYA DENGAN KURUSKAN BADAN [SIRI 1].
--------------
Apa itu kalori?
-------------
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Macam kilometer (km) untuk jarak.
-------------
Adakah badan perlukan kalori?
------------
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan.
Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.
--------------------
Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
-------------------
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan,
mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor tertentu seperti dibawah:
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
-------
Contoh:
-------
Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat = 53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein = 1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga sejenis Karbohidrat) = 16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili berjumlah 174 kalori!
.
.
.
.
Fuhhhh dah panjang ni. Banyak sangat nanti susah nak faham pulak.
Tapi ada sesuatu yang lagi penting perlu kita tahu kalau nak kurus.
Faham ke setakat ni?
Ada yang nak tahu lagi?
No comments:
Post a Comment