Weehuuu...
Encik huby saya suka sangat makan daging pinang masak kunyit. Baru2 ni ajar encik huby potong daging.. ekeke.. sbb sebelum ni pernah beliau potong sesuka hati lepas tu liat sesangat daging nya.
Tapi semalam encik huby da makin pandai potong daging. Sedap sangat daging goreng kunyit huby masak semalam. Okay.. ni saya nak bagi tips2 yang saya dapat dari kasihkumairah.blogspot.com yang saya juga amalkan.. chek it out...
Tips Cara memotong Daging
Sebelum daging dipotong seharusnya terlebih dahulu dibuangkan lemak atau serat, selaput keras yang menempel pada daging tersebut.
✂Cara memotong daging yang tepat adalah dengan memotong arah menegak atas serat urat daging, Daging harus dipotong melintang urat, jangan ikut urat daging supaya daging nanti tidak liat dan susah untuk empuk. Caranya ialah dengan melihat jalur-jalur urat daging, kemudian letakkan arah urat-urat daging bertentangan dengan pisau dan potong.
Pada beberapa bahagian daging yang mempunyai lebih dari satu otot daging, misalnya mempunyai 5 otot daging. Maka setiap otot harus di buangkan dulu mengikuti selaput pembahagian setiap otot, baru kemudian daging tersebut dipotong.
Cara Melembutkan Daging
Daging yang liat masih boleh dilembutkan dengan pelbagai cara. Sebelum diperap atau direbus, biarkan daging setongkol dan jangan dipotong atau dikerat menjadi kecil. Ini bagi mengekalkan kandungan air di dalamnya. Jika ia dikerat kecil daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak.
Melembutkan daging secara tradisi.
Secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo.
Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging tadi dan simpan selama sejam.
Selepas itu, bersihkan daging dan bolehlah dipotong mengikut citarasa masing-masing.
Cara kedua
Potong buah betik atau nenas.
Rebus bersama dengan daging hingga mendidih.
Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan sejuk
Setelah sejuk potong mengikut kegemaran masing-masing.
Melembutkan daging secara moden
Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih.
Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa.
Selain mengempuk, daging juga lebih terasa lemak dan enak kerana telah diserap santan didalamnya.
Terdapat cara lain melembut daging iaitu dengan menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang boleh didapati disesetengah pasar raya.
Hilangkan Bau Daging
Dengan menggunakan tepung gandum, ataupun dengan perahan air asam limau nipis atau asam jawa.
Selepas daging dipotong, masukkan sesenduk tepung dan gaul rata-rata.
Biarkan 10 minit dan bersihkan daging semula.
Jika menggunakan teknik melembutkan daging dengan buah betik atau buah nenas, anda bukan sahaja mengempukkannya tetapi bau hanyir daging turut hilang.
Sekian... selamat mencuba...
Oh ya.. macam biasa. Nak order shaklee dari saya boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
Saya jual shaklee. Saya pengedar shaklee di telok panglima garang selangor.
Pos seluruh Malaysia dan Singapura.
Faizah +60182003707
No comments:
Post a Comment