Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

Google link shortcut

LINK pendek lebih KEMAS
==========================
Perasan x.. link entri blog, link gambar dalam album FB kita panjang sangat..
kita boleh pendekkan link tu di googlesupaya bila copy link tu letak di FB status / iklan lebih kemas.
No 1. Taip : goo.gl di browser dan keluar page seperti gambar di bawah.
No 2. Copy link blog atau link gambar yang sangat panjang tu di ruangan. Dan click shorten URL.
No 3. Ha.. keluarlah link kita nak tu.. link yang lebih pendek. Copy link yang pendek tu di status FB @ iklan kita.
Sebenarnya mata pun jadi lebih selesa link tu pendek. Bila nak baca click je link tu dan terus ke entri blog @ gambar yang kita set.
Macam saya buat ni..
http://www.lovelyzaiz.com/2013/11/manfaat-resveratrol-dan-polifenol-dalam.html?m=1
Jadi
http://goo.gl/w1Rxze
Kan lebih kemas...
Semoga bermanfaat!
Faizah 0182003707
Pengedar shaklee aktif di telok panglima garang dan sijangkang.
♡♡♡ penghantaran percuma by hand di sijangkang selangor
♡♡ pengeposan seluruh Malaysia
Programme selim melim online

Macaroni SOTONG bunga dan udang

Macam biasa.. semangat masak-masak bila mata disajikan makanan enak di facebook.
Mulalah saya nak TRY & ERROR gabung2 resepi sesuka hati saya.. alhamdulillah. Adik bongsu saya fatin & encik huby suka.. sedap dan licin mereka makan. Sebab makan malam, macaroni saya kira.. jangan berlebih2.
Bahan-bahan ( 3 orang makan ) :
35 biji makaroni(direbus kembang dan tos)
300 gm sotong - potong bulat dan potong tepi2 die (sebab nak bentuk bunga)
300 gm udang sederhana -
200 gm bunga kobis potong kecil
1 ulas setengah tomato potong dadu
1 ulas bawang besar di cincang
9 biji cili padi
2 biji cili besar
1 sudu air asam
1 sudu je minyak masak (saya guna minyak bunga matahari)
garam secukup rasa
Hiasan daun limau purut dan wangikan
Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak masak.
Tumiskan bawang besar sehingga naik bau.
masukkan cili padi dan goreng sehingga garing , masukkan tomato dadu dan bunga kobis sehingga bunga kobis empuk.
Masukkan air asam, sotong dan udang kacau sampai masak
masukkan makaroni dan gaul.
Matikan api, tabur daun limau purut dan biar dalam kuali bertutup sekejap.
Angkat dan dihidangkan.
Tambahan: resepi ni pedas dan masam sikit sebab encik huby saya memang suka yang pedas2 dan masam. Emmm... dapp nyeeee....
Tips: Boleh dijadikan menu utk parti hari jadi kanak-kanak sebab menarik sotong bunga tu tapi cili padi tu kurangkan ya.
Best things: resepi ni hanya menggunakan 1sudu minyak masak + tiada GULA + bahan2 masakan tidak menggunakan apa2 sos atau pes.
Selamat mencuba!
In shaa Allah, sihat dan berkhasiat. Semoga bermanfaat!
Dedikasi : tQ kak Noraslinda Bugal mengilhamkan sotong bunga yang menarik hati saya tengahari tadi di wall FB. Saya pulak terus terilham dan masak2 MACARONI SOTONG BUNGA & UDANG dengan gabungan resepi sukahati saya ni..
Faizah
Shaklee id 916981
"Memasak dengan penuh kasih sayang dan menitik beratkan manfaat kebaikan dan khasiat setiap bahan masakan."

Riakkah aku..??

Riakkah Aku....??
>> Riakkah aku bila mana ku khabarkan, aku ingin menamatkan karier sebagai seorang juruteknik swasta untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa??
>> Riakkah aku bila mana ku khabarkan, kini aku sudah mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan walaupun aku berada di rumah??
>> Riakkah aku bila mana ku khabarkan, aku dibayar bonus kereta RM1400 sebulan oleh Shaklee, sedangkan dulu aku tidak pernah menerima elaun kereta. Paling ada RM200 elaun petrol ketika bekerja sebagai juruteknik swasta kerana bekerja 11pm-7am??
>> Riakkah aku bila mana ku khabarkan, "anak2 Shaklee" ku sudah mampu menjana pendapatan 4 angka sebulan, ada yg dulu suri rumah tanpa pendapatan sudah mampu menjana RM7k dari rumah, malah ada yang berjaya mendapat tambahan pendapatan 4angka untuk menambah perbelanjaan perkahwinan??
>> Riakkah aku bercerita akan kegembiraan ku dapat lebih masa bersama suami dan keluarga??
>> Riakkah aku berkongsi kesusahan bersama suami ku dgn menyumbangkan sedikit pendapatan yang ku peroleh dari bekerja di rumah??
TIDAK... aku tidak berasa riak dgn apa yg aku kongsikan kerana aku tahu REALITI keadaan manusia di zaman ini.
Aku bercerita kerana aku ingin BUKTIKAN bahawa ADA JALAN KELUAR dari kemelut permasalah ini!!
Maaf!!
>> Aku tidak teringin membeli handbag baru dgn bonus yg kuperoleh
>> Aku tidak teringin menghabiskan RM membeli tudung atau pakaian berjenama
>> Aku tidak teringin tinggal di rumah yang gah dgn habuan mewah yang diberi kpd ku
Cukuplah sekadar aku mampu mengembirakan ibu dgn sedikit huluran wang utk nya, cukuplah bagiku, amal jariah yang bertambah hasil sumbangan yg tidak seberapa, cukuplah dgn aku mampu menampung perbelanjaan sekolah tahfiz para pelajar yang berjuang pada jalanNya, cukuplah andai aku mampu mengurangkan kerisauan suamiku dgn kos sara hidup yang tak masuk akal!
Dan aku yakin, banyak kehidupan yang dapat ku sentuh dgn PELUANG BESAR yang diberi kepadaku...
>> Aku ingin menunaikan impian kaum hawa untuk mereka mencari jalan menjana pendapatan di rumah
>> Aku ingin para ibu tersenyum apabila tidak lagi risau akan keselamatan anak2 yang ditinggalkan dgn pembantu, nursery dsb
>> Aku ingin melihat lebih banyak muka yang tenang kerana tidak perlu menempuh jam, atau meninggalkan keluarga berminggu2 demi mencari sesuap rezeki
Aku ingin membantu mereka yang memerlukan!
Maaf..aku tidak mampu merealisasikan semua ini tanpa SEBUAH KUNCI
Kuncinya adalah...
YOURSELF....DIRI ANDA
Kalau anda sendiri tidak berusaha untuk keluar dari permasalahan hidup anda, jgn terlalu banyak merungut, mengeluh, komplen dsb.
NOW YOU DECIDE!!
** entry ini ditujukan khas untuk mereka yang memerlukan jalan keluar dari masalah hidup. Andainya anda sudah selesa dgn kehidupan anda, jgn bimbang. Anda tidak perlu terasa hati dgn coretan saya ini.
salam ahad buat semua pembaca blog saya :)
"Ya Allah, letakkanlah akhirat di hatiku dan letakkanlah dunia di tanganku..."
Ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka dari rumah.
PM / WHATSAPP 0182003707

SOTONG ASAM PEDAS

SOTONG ASAM PEDAS
Hehe.. petang tadi rajin nak masak kegemaran encik huby.. almaklum encik huby asal orang melaka memang suka asam pedas. Lepas dinner sotong asam pedas ni huby puji sedapp.. suka2.. licin makan.. & Since ade y nak resepi semalam yang saya masak.. ni saya bagi resepinya...
Bahan:-
♡6 ekor sotong - sederhana besar, bersihkan dan potong ikut suka..saya potong bulat2..
-6 sudu makan cili kering kisar
(-1 biji bawang besar
-3 ulas bawang putih dikisar)
-3 biji buah pelaga
-5 tangkai daun kesum saya petik belakang rumah
-1 biji tomato saiz besar - dibelah 4
-7 batang bendi
-1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
-2 cawan air asam jawa (2 sudu asam jawa) /secukupnya
-minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
♡Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan kisar dan buah pelaga dengan api sederhana. ♡Masak sehingga pecah minyak.
♡Masukkan air asam jawa (tak perlu cair sgt, sebab sotong akan mengeluarkan air juga nnt. Huby saya suka masak asam yang pedas dan pekat)
♡Masukkan asam gelugor, daun kesum dan bendi.. biarkan kuah mendidih.
♡Masukkan sotong dan perlahankan api.
♡Masukkan garam secukup rasa. ♡Biarkan kuah mereneh sekejap hingga naik kemerah-merahan.
♡Kemudian masukkan tomato dan terus tutup api agar tomato tidak layu sangat.
Enjoy! Selamat mencuba... hehe ;)
www.lovelyzaiz.com

Melawat bayi baru lahir

Alhamdulillah syukur, pada hari ahad yang lalu saya berkesempatan melawat baby baru lahir. Anak kawan sekolah rendah saya dulu-dulu.. dan menetap di kampung..

Nama baby... Zharif means cerdik..

Sukenya saya dpt peluk baby lama2.. bobok2.. bual2 dgn mama die gak.

Selamat berpantang..slim.. n mnjalankan penyusuan esklusif 2tahun Shahmarizwati Umar!

Baby muhammad zharif, moga sihat..membesar dlm kebaikan, jadi anak y soleh n senangkan hati mama baik2.. amin..

Ni ha, Tips penyusuan hasil pembacaan.. info n pengalaman kawan2.. hehe..
http://www.lovelyzaiz.com/2014/02/tips-penyusuan-susu-ibu.html?m=1

 

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.