Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

Perbezaan VITAMIN C SHAKLEE LAMA DAN BARU

[LAMA DAN BARU]

Vita c plus shaklee y BARU ni best.. 922mg uolls..

Improved formula n vitamin c lebih banyak! Keberkesanan lebih bagus.. penyerapan lebih baik.. Tp harga sama dgn yang dlu okeh...



 Yang dulu tu VITA C

NUTRITIONAL FACTS
Amount per tablet
Ascorbic Acid (Provide 500mg Vitamin C)
Sodium 5mg

 Yang baru VITA C PLUS

NUTRITIONAL FACTS
Amount per tablet
Ascorbic Acid (Provide 525.35mg Vitamin C) extra vit C

Citrus Bioflavonoids Complex
(Provide 7.50mg Lemon Bioflavonoids)
(Provide 7.50mg Orange Bioflavonoids)
(Provide 7.50mg Grapefruit Bioflavonoids)
(Provides 7.50mg Hesperidin)

Extra lagi Bioflavonoids.

Apakah itu BIOFLAVONOIDS ?

Dalam buku Five Basic by Dr Bruce Miller salah satu panduan memilih Vitamin C ialah:
... Mengandungi "bioflavonoids" yang seimbang dengan Vitamin C. Setiap 500mg Vitamin C perlulah mengandungi 120mg "bioflavonoids"...

Mengapa Vitamin C Shaklee ditambah Bioflavonoids
Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C.

Apa itu Bioflavonoids
Bioflavonoids terhasil daripada bahagian berwarna sayur-sayuran, buah-buahan, bunga, herba, dan bijirin. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa bioflavonoids bertindak sebagai :
anti-radang
anti-alergi
anti-virus
anti-kanser

Fungsi Bioflavonoids dan Vitamin C
Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c untuk :
melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
mempunyai kesan antibakteria
menggalakkan peredaran darah
merangsang pengeluaran hempedu
mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
merawat dan mencegah katarak
bertindak sebagai antihistamin
mempunyai ciri-ciri anti-radang
mengurangkan gejala herpes mulut
Kegunaan Terapeutik

1. Bioflavoniods digunakan secara meluas dalam kecederaan sukan kerana mereka melegakan kesakitan, lebam dan benjol. Mereka juga mengurangkan kesakitan yang terletak di kaki atau seluruh bahagian belakang dan mengurangkan gejala-gejala yang berkaitan dengan pendarahan yang berpanjangan dan kalsium dalam darah yang rendah.
2. Quercetin, salah satu elemen dalam bioflavoniods berfungsi menyekat enzim yang membawa kepada pengumpulan ofsorbitol, yang telah dikaitkan dengan saraf, mata, dan kerosakan buah pinggang dalam diabetes.
3. Quercetin juga dianggap sebagai phytoestrogen (bahan tumbuhan yang bertindak dengan cara yang sama seperti estrogen). Sesetengah fitoestrogen mempunyai kesan antiestrogenic yang mana mengurangkan risiko kanser tertentu. Quercetin juga didapati mempunyai aktiviti antiestrogenic, iaitu menghalang sel-sel kanser payudara dalam tiub ujian.
4. Boleh membantu merawat bahkan mencegah kanser prostat dengan menyekat hormon lelaki yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser prostat. Dalam kajian yang lain, dengan pengabilan quercetin tambahan, ia mengurangkan gejala kencing pada lelaki yang mengalami radang prostat.

Sumber makanan daripada bioflavonoids

Bioflavonoids telah dijumpai dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Quercetin, misalnya, boleh ditemui dalam bawang, epal, raspberi, teh hijau, anggur merah, buah-buahan sitrus, ceri, brokoli, lada, yg terbuat dr soba, dan currants hitam. Jumlah yang lebih kecil didapati dalam sayur-sayuran berdaun hijau dan kacang.

Jika anda rasa tidak mampu mendapatkan sumber makanan yang mengandungi premium kandungan vitamin C & citrus bioflavonoids setiap hari, jadi dapatkan VITA-C Plus untuk membantu memenuhi keperluan vitamin C harian anda! (sementara stok masih berbaki)


Itulah dia keistimewaan Vitamin C Shaklee yang mengandungi bioflavonoid. So, kita sebagai pengguna ni kena tahu kenapa perlua ada bioflavonoid bersama vitamin C, apa itu bioflavonoid, fungsinya etc.. Kalau tak tahu satu kerugian sebab kita tak tahu apa yang masuk dalam badan kita, apa yang diserap oleh tubuh badan kita, optimum ke tidak, baik ke atau sebaliknya. Pilihan saya sudah pastinya VITA-C Plus Shaklee (vitamin C with citrus bioflavonoids)

Jika anda berminat utk mendapatkan mana-mana Natural Vitamin/Produk Shaklee, bolehlah hubungi saya.

Pm / whatsapp : 0182003707
Shaklee id 916981

Sebarang pertanyaan:
sms/whatsapp/viber/Wechat: 018-2003707 @ 017-3214707
emel: faizah85@gmail.com
fb: LoVely FaiZah

SHARE & LIKE PAGE & ARTIKEL INI

Kepentingan ASID FOLIK



Apakah spina bifida?

Spina bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna.

Ada tiga jenis spina bifida:
spina bifida okulta (tersembunyi) merupakan jenis yang paling biasa berlaku dan yang paling ringan. Dalam spina bifida okulta, terdapat jarakan kecil di antara vertebra pada tulang belakang. Kebanyakan orang yang mengalami spina bifida okulta mempunyai simptom-simptom yang ringan atau tiada simptom langsung dan mereka juga tidak tahu mereka mengalaminya.
Mielomeningosele (meningomielosele) adalah jenis yang paling serius. Bonjolan yang berupa sista atau pundi yang diselaputi kulit biasanya boleh dilihat di belakang badan. Sista ini mengandungi tisu dan saraf. Saraf tunjang pula rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna. Mereka yang mengalami spina bifida jenis ini biasanya mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian-bahagian tertentu, bergantung kepada di mana sista itu berada. Mereka juga mungkin tidak boleh berjalan atau mengawal kencing.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami spina bifida jenis ini juga mempunyai hidrocefalus, di mana cecair di sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam aliran darah. Beberapa bahagian otak menjadi rosak sebelum bayi dilahirkan, lantas menghalang cecair tersebut daripada keluar dengan sempurna. Tekanan yang meningkat memampatkan lagi otak.

spina bifida meningosele kurang serius daripada meningomielosele dan merupakan jenis yang paling jarang berlaku. Dalam spina bifida jenis ini, satu sista menyelaputi membran yang boleh pecah dengan mudah.



Apakah Anencephaly?

Anencephaly adalah gangguan kepala daripada kecacatan tiub neural yang berlaku apabila akhir kepala tiub neural gagal untuk menutup, biasanya antara 23 dan 26 hari kehamilan, mengakibatkan ketiadaan bahagian utama otak, tengkorak, dan scalp. Anak yang mempunyai masalah ini dilahirkan tanpa otak depan, bahagian terbesar otak terdiri daripada baki tisu otak serebrum hemispheres.sering terdedah tidak dilindungi oleh tulang atau bayi skin. Ini lebih kepada masalah genetik ini tidak dapat bertahan kelahiran.Anencephaly sering boleh didiagnosis sebelum kelahiran melalui pemeriksaan ultrasound. Ibu serum alpha-fetoprotein (meningkatkan tahap mencadangkan kecacatan tiub neural) dan ultrasound janin yang terperinci boleh berguna untuk menjalani ujian saringan bagi kecacatan tiub neural seperti spina bifida atau anencephaly. Tiada penawar atau rawatan standard bagi anencephaly dan prognosis bagi pesakit itu mati.


"SALAH SATU PUNCA KEDUA2 PENYAKIT INI ADALAH KEKURANGAN ASID FOLIK SEBELUM DAN SEMASA MENGANDUNG"



Apa itu ASID FOLIK?

-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.



Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).

2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

-Sumbing lelangit (cleft palate)
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.


Bila ASID FOLIK perlu diambil?

-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.


SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain


<3 <3 <3 KENAPA PILIH B COMPLEX SHAKLEE?

"INI KERANA B COMPLEX SHAKLEE LENGKAP DENGAN ASID FOLIK"

Vitamin B-complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong system saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormone, pembentukan sel2 darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan sarafdan kulit yang sihat.
Setiap kumpulan  B-kompleks mempunyai struktur yang unik dan menjalankan fungsi-fungsi yang unik dalam tubuh manusia.

1) Vitamin B1, B2, B3, dan Biotin mengambil bahagian dalam pelbagai aspek pengeluaran tenaga iaitu member tenaga dan mengurangkan keletihan.
2)   vitamin B6 adalah penting untuk metabolisme asid amino.
3) vitamin B12 dan asid folik memudahkan langkah-langkah yang diperlukan untuk pembahagian sel.

Untuk pengetahuan, kebiasaannya ibu-ibu mengandung akan diberikan vitamin B-Complex & asid folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yg tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :

1)      B1 - Thiamin
2)      B2 - Riboflavin
3)      B3 - Niacin
4)      B5 - Panthothenic Acid
5)      B6 - Pyridoxine
6)      B7 - Biotin
7)      B9 - Folic Acid
8)      B12 - Cyanocobalamin



Vitamin B-complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1 - Thiamin, B2 - Riboflavin & B3 - Niacin. Apabila si ibu mengambil vitamin B-complex dari KK & asid folic, mereka masih kurang B5 - Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxin, B7 - Biotin & B12 - Cyanocobalamin. Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B-Complex Shaklee ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan. Lagipun, kandungan Asid Folik dalam 1 tablet adalah 200mg! (Tak perlu makan ASID FOLIK dari KK lagi!)



Teruskan pengambilan B Complex sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit 'meroyan'.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

* Jelas kan? B-Complex lengkap dengan Asid Folik.. yang pasti ia selamat, berkesan dan semulajadi. Nak tau lebih details or nak order?
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Sebarang pertanyaan:
sms/whatsapp/viber/Wechat: 018-2003707 @ 017-3214707
emel: faizah85@gmail.com
fb: LoVely FaiZah

SHARE & LIKE PAGE & ARTIKEL INI

Apa yang hebat tentang oat ?

Ramai yang sedar bahawa oat begitu baik untuk jantung. Walau bagaimanapun, kerana kelihatan kurang menarik dan biasa, serta cara penyediaan yang membosankan ( dengan air panas berwap sahaja ), orang memilih untuk mengecualikan oat daripada diet mereka. Daripada membiarkan anda terlepas semua kebaikan yang menakjubkan tentang oat, jom baca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai oat dan ia mungkin merubah fikiran anda!

Apa yang hebat tentang oat ?
~ Oat kaya dengan serat , mangan , selenium dan magnesium.
~ Beta- glucan dalam oat membantu untuk menurunkan darah LDL kolesterol ( kolesterol jahat) .
~ Oat juga membantu untuk menstabilkan paras glukosa darah (yang amat penting bagi orang-orang dengan diabetes).
~ Hanya 3 gram serat larut oat setiap hari biasanya merendahkan jumlah kolesterol sebanyak 8 hingga 23 peratus. Dan 3 g serat oat larut boleh didapati dalam hanya satu mangkuk oat !
~ Mengawal kandungan gula dalam badan dalam jangka masa panjang.
~ Mengandungi bahan anti kanser- kepada wanita dapat mengelakkan breast cancer.
~ Mengawal tekanan darah- membantu mengurangkan hypertension, dan merendahkan tekanan darah tinggi.
~ Kandungan fiber dalam oat membantu sistem perkumuhan badan.
~ Membantu dalam penurunan berat badan kerana oat memberikan rasa kenyang dalam jangka masa panjang, disebabkan kandungan fiber dalam oat. - Kanak-kanak yang makan oat kebiasaannya jarang mengalami overweight.
~ Sumber karbohidrat yang memberikan tenaga kepada badan.
Oat juga mengadungi senarai panjang nutrient lain seperti asid amino yang membantu fungsi badan, vitamin seperti thiamin, folic acid, biotin, pantothenic acid & vitamin E. Selain itu juga mengandungi zinc, selenium, copper, iron, manganese & magnesium.

Oleh itu, memasukkan oat sebagai salah satu hidangan kita setiap hari adalah langkah yang bijak untuk kesihatan badan dan jantung kita.

Oat merupakan makanan yang mempunyai pelbagai kebaikan. terdapat bermacam-macam jenis oat: oat groats, steel oats, rolled oat, dan instant oat. Walau apa jenis oat sekalipun kandungan nutrient tetap sama, cuma yang berbeza hanyalah cara penyediaan dan rasa selepas dimasak. Walau bagaimanapun, oat berperisa yang banyak dijual di kedai adalah tidak termasuk dalam kategori berkhasiat tinggi kerana oat jenis ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Adalah dinasihatkan agar memilih plain oat untuk dimakan.

Steel -cut oat, Rolled oat, instant : Jenis yang mana perlu saya pilih?
Terdapat pelbagai jenis oat yang terdapat di pasaran . Jangan risau lagi; di sini disertakan info tentang oat untuk membantu anda pilih yang mana satu yang paling sesuai dengan anda :

Steel -cut oat : telah dicincang kepada kepingan besar dan tidak dikukus. Rupabentuk yang berbeza dari yang instant dan lebih kasar.Berbentuk seakan “biji-biji” macam bertih, ia adalah versi oat yang paling menyihatkan, di mana ia paling kurang menjalani kaedah memproses di kilang. Ia memerlukan masa memasak yang lama dan ia adalah makanan sarapan yang lebih baik daripada cookies oatmeal.

Rolled oat : sudah diproses habis di kilang. dikukus dan kemudian diperkenalkan dalam bentuk kepingan. Proses ini menstabilkan minyak yang sihat di dalam oat, supaya mereka kekal segar lebih lama, dan membantu oat masak lebih cepat, dengan mewujudkan kawasan permukaan yang lebih besar. Oats ini lebih lembut dan senang dikunyah.

Instant : Berasal dari Steel -cut oat selepas pemotongan dan sebahagiannya dimasak dan dikeringkan. Bila dimasak lebih cepat. Sesetengah pengeluar juga boleh menambah bahan lain seperti gula atau garam oatmeal segera dan juga boleh berperisa.


So.... Nak Kurus.. dan sihat pilih yang plain ye.. bukan 3in1 yang dah campur GULA dan macam2..
Cadangan saya ialah:

Quaker Instant Oatmeal Packing Merah.... :)



Sebarang pertanyaan:
sms/whatsapp/viber/Wechat: 018-2003707 @ 017-3214707
emel: faizah85@gmail.com
fb: LoVely FaiZah

SHARE & LIKE PAGE & ARTIKEL INI




Lovelyzaiz's 2013 : Peraduan Like, Share & Win!

Lovelyzaiz's 2013 : Peraduan Like, Share & Win!

Rakan-rakan yang disayangi,
Kami akan memilih secara rawak 3 pemenang bertuah untuk memenangi peraduan 2013 LIKE, SHARE & WIN! Pemenang layak untuk mendapatkan 1 kotak Cinch Tea yang berupaya membantu anda slim dan reshape!

Semua yang anda perlu lakukan adalah seperti yang tertera di gambar kami, dan berkongsi gambar ini secara umum pada profil FACEBOOK anda, dan blog juga (jangan lupa PM kepada kami link!) Share dan tulis: "I want to Win & I want to Slim with Shaklee"...Dan... anda berpeluang untuk menang!

3 Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak dan pemenang akan 

diumumkan pada  26 Oktober 2013.

Jadi apa LAGI yang anda tunggu? ♥

* Peraduan berakhir pada 25 Oktober 2013; 23:59Hrs

* Terbuka kepada penduduk Malaysia sahaja





Jom lihat apa kandungan Cinch Tea dan khasiatnya~~
Antara ekstrak utama yang ada di dalam Cinch Energy Tea Mix ni ialah :

Taurina
Rooibos Red Tea Extract–tumbuhan herba dari Afrika~dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
Green Tea Extract
White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun

Antara fungsi ekstrak utama Cinch Energy Tea Mix ini ialah:

1.MATCHA GREEN TEA
- antioksida yang sangat tinggi
- energy booster
- metabolisme booster
- bakar kalori up to 4 x ganda

2. TAURINA
 - menggalakkan metabolisme
- lebih bertenaga
- larutkan lemak
- membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3. WHITE TEA
- membakar lemak – lemak berlebihan
- menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu
- meningkatkan metabolisme

4. ROOIBOS RED TEA
 - melarutkan lemak
- meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
- agen detox yang kuat

Cinch tea ni yg best dalam bentu sachet n senang nak bawak ke mana2, boleh bancuh panas or sejuk, kalau kes nak cpt on the go sentiasa, beli je botol mineral then masukkan dan terus shake sampai sebati then minum,mmg menyegarkan dan terus rasa bertenaga je sepanjang hari, nak jimat buat dalam botol besar dan boleh minum banyak kali

Ia sangat sesuai untuk orang yang bermetabolisma rendah!
Hadapi masalah metabolisme yg slow, dah cuba diet sdri tapi gagal, dah cuba kurgkan nasi n bersenam to masih gagal, mgkn salah satu sebab kurang berjaya adalah sbb metabolisma anda terlalu rendah dan tidak dapat membakar kalori dgn sebaik mungkin

Dan dengan itu shaklee menyediakan produk yg terbaik utk menaikkan metabolisme iaitu CINCH TEA, bukan shj utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga, memberi tenaga sepanjang hari.

Testimoni di bawah adalah testimoni pengamal Cinch Tea Shaklee:


Sebarang pertanyaan:
sms/whatsapp/viber/Wechat: 018-2003707 @ 017-3214707
emel: faizah85@gmail.com
fb: LoVely FaiZah

SHARE & LIKE PAGE & ARTIKEL INI



Produk Shaklee Untuk Ulser Mulut

Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.



Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.

Tanda-Tanda Ulser Mulut

>> tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. Ia boleh terjadi di kawasan mulut yang lain sperti gusi dan lidah.. (Lihat struktur mulut)
>> sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.



Sebab-sebab terjadinya ulser mulut

>> kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
>> kekurangan zat dalam makanan yang diambil.   
>> tekanan perasaan (stress).
>> alahan kepada makanan seperti nenas dan sebagainya.
>> penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
>> pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
>> kurang minum air masak
Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya. 

Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan. 

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi. 
Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut: 
a. Banyak minum air suam.
b. Berehat dan tidur dengan cukup.
c. Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
d. Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang.
Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin C

Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut.


ATASI ULSER MULUT SEBELUM IANYA MENJADI PARAH IAITU KANSER MULUT.


Kanser Mulut bagi Dewasa
Latar belakang
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
Lokasi yang sering terjadi kanser mulut
Kanser mulut sering terjadi di lokasi berikut :
  • Lidah
  • Lantai mulut
  • Lapisan dalam pipi
  • Gusi
  • Lelangit
  • Bibir bawah
Faktor-faktor risiko
Berikut adalah faktor- faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut :
  • Merokok
  • Mengunyah tembakau
  • Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
  • Minum alkohol yang berlebihan
  • Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan
Apakah tanda-tanda kanser mulut ?
Terdapat tanda-tanda kelainan seperti berikut di dalam mulut:
  • Ulser yang lambat atau tidak sembuh
  • Tompok putih (leukoplakia)
  • Tompok merah (erythroplakia)
  • Nafas berbau (halitosis)
Anda juga mungkin mengalami :
  • Kesakitan
  • Kesukaran mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah.
  • Rasa kebas pada lidah atau mana-mana bahagian dalam mulut.
  • Kesukaran membuka mulut.

Komplikasi
Sel-sel kanser boleh merebak (metastasis) ke bahagian lain badan.
Apa yang perlu anda lakukan ?
Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda:
  • Tidak merokok
  • Tidak minum minuman alkohol
  • Tidak mengunyah tembakau / pinang
  • Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian
  • Lakukan pemeriksaan mulut sendiri
Kanser mulut dan tabiat merokok
Berhenti merokok melebih dari 3 tahun boleh mengurangkan risiko kanser mulut sebanyak 50%.
Pemeriksaan mulut sendiri
  • Pastikan cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk melihat bahagian dalam mulut.
  • Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh.
  • Menggunakan ibu jari dan jari untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor pergigian.
Bertindak sebelum parah..

Suplemen Shaklee untuk ulser mulut adalah :

     
>> Vitamin C - untuk meningkatkan sistem imune
>> B Complex - untuk elakkan daripada tekanan perasaan
>> Carotomax - vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut
>> Vitalea - meningkatkan ketahanan dari jangkitan dan penting untung pertumbuhan sel dan pembiakan
>> Zinc Complex  - cepatkan proses penyembuhan
>> Vivix >> menyokong sistem imune 
   

Jika anda berminat, sila add FB saya https://www.facebook.com/lovely.faizah untuk bersembang secara langsung dengan saya,



atau 





atau 


boleh call/WhatsApp saya, Lovely Faizah di 018-2003707



** COD bagi kawasan Telok Panglima Garang, Jusco Bukit Tinggi Klang dan KTM Batu 3 Shah Alam
 

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.