Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

Petua Hilangkan Tahi Mata Bayi Dan Sakit Mata


Assalamualaikum wbt.

Tadi dalam grup geng bisnes, ada yang tanya macam-mana nak buat kalau anak sakit mata atau ada tahi mata sampai melekat kelopak mata tak boleh nak buka.

Terus saya teringat pada baby saya masa kecik dulu. Sebenarnya saya takde pengalaman anak sakit mata. Saya sendiri tak pernah kena jangkitan mata.

So hari tu saya agak panik sikit (sikit je la), macam mana nak buat kalau baby ada tahi mata banyak macam ni.

Saya bawa baby saya jalan-jalan di luar rumah, kemudian ada jiran nampak. Sambil-sambil borak dengan beliau, saya cakap la baby saya ada tahi mata.

Rupanya normal (kalau tak teruk). Bayi mungkin panas di dalam, katanya. So dia suruh saya titikkan susu ibu pada mata bayi.


Sejak dari itu, mana-mana pun kalau ada bayi, anak atau orang dewasa sekalipun yang sakit mata yang saya jumpa atau dengar, semua bagi petua titiskan susu ibu.

Beberapa minggu kemudian, saya pula yang terkena jangkitan mata sebab berjangkit dengan kakak. Memang tahi mata keluar dengan banyak. Bangun tidur sampai melekat-lekat kelopak mata. Tak lama lepas tu, baby saya pula kena, kemudian anak sulung saya.

Sakit mata memang berjangkit. Sebab ia adalah kuman dan bakteria. Sebab itu kalau takut sakit mata, jangan duduk dekat dengan orang yang sakit mata!

Jika dah terkena jangkitan mata, mula-mula kita akan rasa mata gatal dan pedih, diikuti kemerahan. Kemudian terasa seperti bengkak pada mata. Masa ni kalau tunduk atau rukuk, memang rasa tekanan pada saraf mata. Tahi mata pula akan keluar dengan banyak tak kira masa, lebih-lebih lagi pada waktu tidur.

Apa yang boleh di lakukan ialah:

1. Berjumpa doktor

Rasanya doktor akan bekalkan ubat makan dan ubat titis. Saya tak pasti sebab saya langsung tak ke klinik.

2. Bersihkan mata selalu dengan kain yang bersih dan lembut. Jangan pegang mata dan jangan pegang orang lain kalau dah pegang mata.

3. Selalu bersihkan tangan.

4. Titiskan susu ibu. Susu ibu mengandungi antibodi tinggi untuk melawan jangkitan.

5. Cara saya? Saya ambil Nutriferon, Omega Guard dan Garlic Complex untuk diri saya dan anak-anak.

Nutriferon adalah immune booster yang amat berkesan melawan jangkitan kuman dan bakteria. Kesan penyembuhannya memang semulajadi tapi sangat pantas. Inilah first aidsaya dirumah sejak bertahun dulu kalau terkena apa-apa jangkitan pun.

Omega Guard pula mengurangkan keradangan, dan bengkak. Ia juga bantu kuatkan imun.

Garlic Complex ialah antibiotik semulajadi yang juga bertindak pantas melawan jangkitan bakteria.

Peritnya sakit mata ni ialah sewaktu nak tutup mata. Rasa macam ada biji-biji dalam mata. Walaupun dah sembuh (dalam 3-4 hari), efek biji-biji dalam mata masih terasa untuk beberapa ketika.

Sakit mata memang menyeksakan. Dapatkan rawatan yang betul atau boleh cuba cara semulajadi seperti saya.

Semoga segera sihat!

~faizah amat sahri~

018-2003707

Fb Lovely Faizah

faizah85@gmail.com

Shaklee iD: 916981

No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.