Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

Asam Pedas Melaka - Ikan Tenggiri

Assalamualaikum! Salam Ahad!

Yeay! Kami di Melaka harini. Kat rumah mak mertua, ada ikan tenggiri dalam peti ais.

Encik huby request asam pedas, nak macam mak masak katanya.. hihi!

Sementara baby comel Izz Zafri Aqil tido, daku ready semua bahan2 masak then masak!! Woa kejap je siap n senang! 30 minit je saya siap masak..

Kenapa saya sangat suka masak asam pedas ni? Sebab:
- huby suka
- saya suka
- senang.. dalam 1 hidangan siap kuah + sayur + lauk.

Ok!! Jom cuba masak asam pedas yang mak mertua ajar saya. Saya memang suka bendi asam pedas sejak pandai masak asam pedas ni. Sedappppp.!! So, tu yang letak banyak2 bendi.  Ikut uolls nak banyak ke sikit bendi tu ye.

BAHAN-BAHANNYA :-)

5 potong ikan tenggiri

20 bendi belah 2 ( atau kalau kecil potong kepala dan ekor je)

20 biji tomato ceri (atau 2 biji tomato biasa)

2 batang serai, diketuk

1 kuntum bunga kantan, belah 2

5 helai daun limau purut

2 1/2 senduk nasi cili kisar

2 camca besar pes asam jawa

Garam secukup rasa

Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)

7 biji bawang merah

1 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)

3/4 camca teh jintan kasar*

3/4 camca teh jintan halus*

1/2 camca teh lada hitam*

1 kayu manis

5 biji buah pelaga

2 bunga lawang

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Ikan tenggiri dipotong pada saiz sederhana, perap dengan jus limau nipis /  asam jawa selama 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Ketepikan.

2. Tomato di belah 4 setiap 1 (kalau guna tomato ceri tak perlu belah). Ketepikan.

3. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan atau lebih sedikit).

4. Tumis bahan2 kisar halus, serai, bunga kantan sampai layu sikit dan masukkan daun limau purut kemudian bahan2 tumis  goreng hingga harum.

5. Tambah cili kisar, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu jangan sampai berkerak.

6.  Tambah pes asam jawa dan kacau rata. Tuang air secukupnya (anggaran kurang sikit dari 1 liter). Biar mendidih.

7. Tambah Bendi, mendidih lagi masukkan ikan. (Mak pesan, kalau lepas masuk ikan tu kuah mesti aras ikan @ tutup tak nampak ikan. So, kalau kurang tambah air panas dah masak ye)

8. Masak hingga bendi dan ikan lembut.

9. Perasakan dengan garam secukupnya.

10. Akhir sekali masuk tomato, tunggu masak sekejap dan rasa, jangan sampai lembik sangat. Jika ok boleh matikan api.

11. Alhamdulillah, siap!! Boleh hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...

Woaa!! Memang terangkat!! Kena puji huby la.. syokk!! Sedap bak mak masak air tangan saya ni. Heheheh!

Kawan2, Selamat mencuba...



------------------------------------------------
Saya pengedar shaklee anda.

MEMBANTU MASALAH KESIHATAN ANDA DENGAN VITAMIN SEMULAJADI

Konsultansi & cara pengambilan vitamin Shaklee esklusif untuk pelanggan:


------------------------------------------------
Saya pengedar shaklee anda.

MEMBANTU MASALAH KESIHATAN ANDA DENGAN VITAMIN SEMULAJADI

Konsultansi & cara pengambilan vitamin Shaklee esklusif untuk pelanggan:

========> HUBUNGI ZA <==========
https://www.facebook.com/messages/LovelyBeautyVitamin?ref=hl

SMS.call hubungi Faizah : 018-2003707 "shaklee"

(๑‵●‿●‵๑) (๑‵●‿●‵๑)(๑‵●‿●‵๑)(๑‵●‿●‵๑)

PENGELOLA PROGRAM KURUS SEMUDAH ABC

Pengedar shaklee Sijangkang, Telok Panglima Garang, Shah Alam, Damansara.
Pengeposan produk shaklee seluruh Malaysia, Sabah Sarawak, Brunei dan Singapura.

♡♡♡ za /iz
018-2003707 / 017-2187915

No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.