Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

Tarikan melancong di Melaka: Upside down house

Bismillahirrahmanirrahim..

TQ encik suami..bini membuak rasa nak berjalan lepas lahirkan anak sebenarnya. Then, tiba-tiba encik suami nak bawak pulak jalan. Seronok lah hati ini..hehe sebenarnya saya tak tahu pun kat melaka ada rumah terbalik. Yang saya tahu kat sabah aje ada.

Oh! Rupanya bukan rumah pun yang terbalik kat melaka ni..tapi barang-barang yang ada kat dalam bilik ni jer yang terbalik,,,dari luar semua normal jer..kalau ke Melaka cari rumah terbalik dari luar macam kat Sabah tu memang tak jumpa la jawabnya..

Kami ke sini guna waze jer..ni alamat dia..

Upside down house gellery
G12 & G 14,PM 7 Plaza Mahkota,
75000 Banda Hilir, Melaka

(Boleh juga guna google maps ikut link ni ago
goo.gl/0bJDf7 )

Sebenarnya rumah terbalik kat Melaka ni baru jer lagi..ramai lagi yang tak tahu...encik suami orang melaka pun tak tahu. Nampak pose dari kawan2 melaka, baru tahu ada rumah terbalik tapi dari luar memang tak nampak terbalik pun.. yang bagusnya kita boleh ambil gambar kat dalam rumah ni..sebelum datang kena pastikan bateri kamera full..hehe..tapi kena kreatif la cara ambil gambar ni, baru dapat hasilkan gambar yang terbaik..

Puas hati juga walaupun ramai orang. Sebab boleh ambil gambar. Pekerja tempat ni pun peramah. Siap ajar macam mana nak ambil gambar dan buat pose walaupun diri ini takdelah pandai sangat nak bergaya. Diorang pesan, ambil je gambar nanti baru rotate kan gambar yang di snap tadi. So... dapatlah efek umpama kami tergantung di siling.

Masa nak masuk tempat ni ramai, kena beratur. Memandangkan baby zafri kecik lagi dan tengah tidur, encik suami je lah beratur. Sementara papa beratur sempat pulak baby zafri rengek nak susu. Baby zafri ni menyusu badan. Kang tengah nak posing nanti nak menyusu baik saya menyusukan dulu baby zafri. (Susu badan melimpah masa ni. Saya amalkan set penyusuan 3M)

Bila encik suami dah sampai Q masuk dalam baru kami bertiga masuk sekali. Ramai orang kat dalam, ruang untuk mengambil gambar jadi terhad..walaupun berekon tetap berpeluh. Hihi.. zafri pulak kena "paksa" bergambar. Kihkih. Sabarlah anak!!

Masuk je kat dalam rumah tu, ada pekerja yang akan terangkan cara nak ambil gambar..(siap ada tutorial pulak). tapi yang paling best sekali, posing la lama mana pun..takde orang nak marah..takde masa yang ditetapkan pun..Boleh juga minta tolong pekerja mereka yang berbaju OREN untuk snapkan gambar. FREE tiada cas!

Okeh..bila masuk je nampak terus nampak ruang tamu. Masuk ruang tamu terus nampak dapur..lengkap dengan peti ais dan kitchen cabinet...meja makan, penyapu, pasu bunga...semua pun terbalik..pusing ke kanan boleh terus masuk ke dalam bilik yang lengkap dengan almari, katil, langsir, side table..semua pun terbalik juga..dah kata bilik terbalik kan...ada juga tandas yang lengkap dengan berus gigi dan ubat giginya sekali..haha best aje...

bayaran masuk RM 15 untuk dewasa..kanak-kanak tak ingat pulak sebab zafri baby lagi. So free..hehe..

Ok layan lah gambar kami ye...

Da.....


-------------------------------------------------
Saya pengedar shaklee anda.
Konsultansi & cara pengambilan vitamin Shaklee esklusif untuk pelanggan:

========> HUBUNGI ZA <==========
https://www.facebook.com/messages/LovelyBeautyVitamin?ref=hl

SMS.call hubungi Faizah : 018-2003707 "SHAKLEE"

(๑‵●‿●‵๑) (๑‵●‿●‵๑)(๑‵●‿●‵๑)(๑‵●‿●‵๑)

PENGELOLA PROGRAM KURUS SEMUDAH ABC

Pengedar shaklee Sijangkang, Telok Panglima Garang, Shah Alam, Damansara.
Pengeposan produk shaklee seluruh Malaysia, Sabah Sarawak, Brunei dan Singapura.

1 comment:

  1. Kami menyediakan penginapan berkonsepkan Apartment dan Hostel dengan harga yang berpatutan di Bandar Melaka dan Klebang, Melaka. Sesuai untuk rombongan dan pelajar sekolah. Lawati http://www.indahkembara.com

    ReplyDelete

 

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.