Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

sebaik-baik perangai bagi manusia NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA

Malamtadi saya berehat sambil menonton tv9, tajuknya bajet lari dan tetamu undangan ialah Irfan khairi.

Tapi nak share ayat yang dibaca oleh darlin a.k.a suami Ustazah Norbayah di  akhir rancangan:

Satu hari Luqman al-Hakim ditanya oleh anaknya: "Ayah, apakah sebaik-baik perangai bagi manusia?"

Jawab Luqman "Agama".

Bertanya lagi si anak: "Kalau perangai itu dua?" Jawab Lugman: "Agama dan harta".

Tanya si anak lagi: "Kalau tiga?" Jawab Luqman: ''Agama, harta dan malu".

Celah si anak: "Kalau empat?" Jawab Luqman: ''Agama, harta, malu dan budi pekerti yang baik".

Si anak terus bertanya lagi; "Kalau perangai itu lima?" Jawab Luqman: "Agama, harta, malu, budi yang baik dan pemurah".

"Bagaimana kalau perangai itu enam?" Tanya si anak lagi.

"Wahai anak kesayanganku, kalau lima perangai itu terkumpul pada seseorang, maka dia adalah orang yang suci, terpelihara (taqwa kepada Allah), dilindungi Allah dan bebas dari syaitan".

Sementara itu, berkata Wahab Munabbih: ''Orang yang jahat perangai dan budi pekerti itu seumpama tembikar pecah yang tidak boleh ditampal dan tidak dapat dijadikan tanah liat kembali".

Al-Fudhail pula berkata: "Aku lebih suka bersahabat dengan orang yang derhaka, asal budi pekertinya baik daripada bersahabat dengan seorang yang beribadat tetapi jahat budi pekertinya".

Ibnu Abbas pula pernah ditanya: "Apakah kemuliaan itu" Jawabnya: "Kemuliaan ialah seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa".

Beliau kemudian ditanya lagi: "Apakah kehormatan itu?" Kata Ibnu Abbas: "Orang yang paling baik budi pekertinya di antara kalian itulah yang paling terhormat."

Selanjutnya Ibnu Abbas berkata: "Setiap bangunan mempunyai dasar dan dasar Islam itu ialah budi pekerti yang baik".

========> saya ZA <==========

SMS.call hubungi Faizah : 018-2003707

Atau boleh pm facebook saya:
goo.gl/uPkHX2

(๑‵●‿●‵๑) (๑‵●‿●‵๑)(๑‵●‿●‵๑)(๑‵●‿●‵๑)

PENGELOLA PROGRAM KURUS SEMUDAH A.B.C &
Pengedar shaklee Sijangkang, Telok Panglima Garang, Shah Alam, Damansara.
Pengeposan produk shaklee seluruh Malaysia, Sabah Sarawak, Brunei dan Singapura.

No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.