Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

BERJAYA KURUS! saya hilang 23 kilo dalam masa 6bulan

ASsalamualaikum semua..

Semalam dengan internet yang terhad, sempat saya post status FB nak survey. Status saya berbunyi:

"Kalau saya share camne saya dapat turunkan 23kilo dalam masa 6bulan, dapat balik pinggang 27inci dari 34inci..
agak2 ade x orang nak baca?"


Wahh!! Amazing juga! Setelah mendapat maklum balas dari facebook saya LoVely FaiZah Ramai yang tinggalkan komen nak baca sharing saya. Camne saya dapat buang lemak degil tu.. camne saya hilang 23kilo tu..


Oh!! Jejariku akan mula menaip dari hati......

Yer, saya sangat gembira & bangga dengan pencapaian saya tu walaupun dalam masa 6 bulan. Sebab apa? Sebab ramai akan bosan & mengalah untuk dapatkan bentuk badan idaman dalam tempoh yang agak lama.

"Saya berjaya hilang 23kilo dari berat saya 72kg jadi 49kg! Saya berjaya buang 7inci pinggang berlemak dari 34inci jadi 27inci. Saya berjaya hilangkan lemak 33% dalam badan jadi 24%."


Bermula lah kisahnya saya gemuk 72kilo kerana saya stress bekerja. Setiap hari saya bekerja dari 6pagi hingga 12malam. Dan makan nasi berlauk bertambah-tambah di awal pagi selepas balik kerja, lepas tu terus tidur.

Ya, saya sedih sangat. adA yang cakap saya perut stokin, ada yang cakap saya labu sayong, panggil saya Si Gedabak, tak kurang juga yang ingat saya mengandung, dan ada yang ingat umur saya 40tahun anak 5 taw!!

Kesian, tapi itu yang saya lalui. Saya ingat lagi, masa sebelum tu berat saya naik 70kilo sebab lifestyle yang tak normal, yang asyik berkerja, makan, banyak duduk...kawan saya ada offer product herb****e tapi masa tu saya sedang nak mula makan product jus ma** 5. Weeehuuu! Saya berjaya turun 10kilo dalam masa 3bulan makan jus ni dan tanpa makan nasi. Makanan lain sangat limit dan hanya berharap pada jus tersebut. Berat badan turun tapi shape sama. Memang rasa tak berapa seronok.

Tetapi!! Saya berhenti produk jus tu dan dalam sebulan sahaja...naik pulak 12kilo (lebih banyak dari yang mula tu!!! Errr... stress!!). Itu yang berat saya 72kilo dan menyesal tak nak dah tak makan nasi langsung. Mesti makan nasi jugak cuma segenggam! (Klik ni... sebelum menyesal makin gemuk)

Saya pun tukar cara nak kurus saya ni. Saya target nak hilang lemak. No 1 yang saya buat ialah.... jeng jeng..!!
saya tengok seluruh badan sendiri depan cermin penuh dan lihat kawasan mana saya nak shape elok.
Saya bandingkan dengan ziana zain yang ramping, bayangkan muka ziana zain tu dah tukar ke muka saya.

Ya! ItUlah bentuk badan impian saya. Setiap hari saya bayangkan saya dah cantik ramping perut rata ala ziana zain. Berazam sungguh-sungguh ni. Eheheh..


Saya bermula dengan kiraan kalori keperluan badan sendiri. Ada manual nya, kawan saya bagi. Tapi kalau susah sangat nak kira, sebab kebanyakan manual yang saya bagi pada kawan-kawan yang nak kurus, mereka kata susah dan tak nak kira. Jenuh tekan kalkulator. Takpa kalau susah sangat, ada yang lebih mudah, utk keputusan yang hampir sama. Guna saja apps ni : CALORIE CALCULATOR (klik)
Masukkan umur, berat, tinggi dan aktiviti fizikal sendiri. Dan calculate.


Akan dapat keputusannya nilai kalori untuk  maintenance, fat loss & extereme fat loss. Ia bermaksud, jika nak berat dan shape sama, kalori yang diperlukan ialah maintenance. Jika nak berat turun lagi, shape elok lagi buang lemak, kalori yang diperlukan ialah fat loss. Tapi!!! Saya memang tak galakkan pilih extreme fat loss tu sebab, kalori yang terlalj rendah akan buat badan lemah seterusnya hilang pulak daya badan nak bakar lemak sebab metabolism jadi rendah juga. 


Nasihat saya, biar turun berat badan sikit2 tapi konsisten. Sebab, kurus secara sihat ni adalah gayahidup. Target nak sihat sepanjang usia. Bukan sebab nak majlis kahwin sahaja, bukan sebab semata nak hadiri majlis tertentu. Saya tak nak gemuk semula! Maksudnya, gemuk sebab pilih gayahidup yang salah. Naik berat sebab mengandung, tak apa ok! Heheh...

•••Ade 3 keywords saya buat dan amal seterusnya. Semudah ABC. jom sambung baca! >>>>>>>>>>>>

ok, no 3 yang saya buat seterusnya ialah, Keyword A. A = means aktiviti. Aktiviti apa yang saya suka buat untuk keluarkan peluh dan bakar kalori. Oh!!! Saya bukan ahli sukan atau bina badan. Pergi ke gym apatah lagi. Jadi, langkah yang saya ambil, saya parking kereta jauh dari tempat yang di tuju. Dan saya berjalan dengan pantas yang boleh. Untuk perut yang rata, saya ada buat sit up 30kali sebelum dan selepas bangun tidur. (Ni buat seminggu sekurangnya 2kali). Tak berat kan aktiviti saya? Ya memang tak sebab kekangan masa serta tak galakkan orang lain nak kurus, pergi naik bukit hari-hari. (Klik aktiviti dirumah untuk bakar kalori) Ini untuk mengelakkan kegemukan terjadi semula (rebounce). Tapi, pada yang memang aktif beriadah, bersukan memang sangat bagus lah ya. Sebab dapat bakar kalori lebih banyak. Cumanya dah penat bakar lemak sedia ada, jangan pulak topup lemak baru. Kang tak kurus-kurus pulak.. 

Betul kan, ramai yang makan roti canai lepas beriadah?? Hehe.. tanya diri sendiri. Sebab tu orang nak kurus ni perlu bijak pilih makanan yang bantu kurus. (Klik sini apa yang saya amalkan untuk kenyang..)

Wokeyz! Bila dah cakap pasal makanan ni, perkara penting lah kan. NAk kurus memang pemakanan sangat penting. No 4 yang saya amalkan keyword B = BALANCE DIET. Saya lihat makanan / menu yang saya akan makan untuk nilai kalori fat loss saya. Pilih apa sahaja asalkan jangan lebih nilai kalori keperluan. Tapi!! Faham kan makanan seimbang. Iaitu ada sayur, buah, lauk dan nasi. Saya lebih suka lebihkan sayur dan buah.
Saya tipu nafsu makan saya! Ha.. macam mana tu? Caranya makan buah sebelum makan utama. Lagipun memang di galakkan camtu kan. Dan juga, masa makan sebelum menyuap, ambil sayur, lauk baru kemudian nasi. Makanya nasi akan berkurang sedikit. Saya makan tak ambil kuah masak lemak dan tinggi minyak. Kulit ayam pun saya buang. Kalau teringin sangat saja saya gigit sikit buat rasa.

Bagi saya balance diet ni penting sangat! Suka saya amalkan sayur dan buahan hijau sebab tinggi fiber. Yang penting tiada lemak.
Saya cadangkan pada yang tak biasa lagi pasal kalori dan makanan ni buat perancangan awal. Fikir makanan apa yang kita suka makan, lihat kalorinya dan kuantitinya dan catit dalam plan seminggu. Makan ikut menu yang kita pilih yang sepatutnya dan apa yang kita termakan lebih pun catit. Makanya boleh tengok kita ni kalau tak turun berat kenapa... (klik sini kalori makanan Malaysia)

Saya ada pantang gula, sos dan segala minuman dalam tin sebab saya nak buang lemak jadinya tak nak tambah lemak baru. Gula memang tenaga tapi kalau tak guna akan jadi lemak. Nak manis, ambil buah dan ganti dengan madu atau stevia. (Klik kalori sos yang boleh menggemukkan.)

●●Pastikan diri sendiri minum air 3liter sehari. Ya.. ini adalah asas balance diet dan untuk kesihatan juga. Sebab lemak tinggi susah nak diusir kalau kurang minum air.

Dan... saya juga ada amalkan lecitin untuk pecah lemak (klik manfaat penuh lecitin), alfalfa untuk buang lembik gemuk air di lengan (klik manfaat penuh alfalfa), herblax untuk lawas buang lelemak yang dah di pecahkan lecitin tu. Almaklum, pssst! Rahsia terbongkar!! Saya ni gemuk pun sebab tak lawas juga . Heheheh.. (klik info herblax).

Dan juga peringkat terakhir saya dah kurus, saya lihat kulit saya ada "kulit oren" walaupun dah kurus. Yelah, kalau stokin pangkal kaki boleh kembang tarik dampai peha hilang getah, kulit kita pun hilang anjal dan kolagen bila gemuk. Tanda cakaran ni memang hodoh taw! Walaupun saya ni penggemar tempe, tauhu dan soya pasar pun masih belum hilang harimau cakar tu.

Saya pun spend sikit untuk amalkan ESP shaklee ambil sebelum makan dan sapu minyak bio oil di kawasan peha bercakaran itueww... hehe! Hasilnya kulit kembali berkolagen dan anjal. Tiada tanda kulit oren dan cakaran. Dan lembut dan warnanya sekata. LEGA SANGAT! cubalah! Mesti kagum nanti hasilnya.


Ok, saya teruskan perkara No 5 yang saya buat. Keyword C = CONSULTATION @ COACHING. Saya tak ada lah coach atau consultant peribadi sebab bayaran yang mahal akan dikenakan.
Tapi! saya berada dalam kumpulan yang positif untuk kurus serta bersemangat keazaman yang tinggi yang sama-sama membantu jika down. Kami sama-sama kongsi tips juga.
Seronok kan macam ni. Maknanya kita tak berseorangan nak kurus. Maka, jika nak kurus secara konsisten, perlu juga berada di kalangan kawan-kawan yang menyokong kita kurus ya! Dan, jika ada suara sumbing yang mengutuk kita nak kurus, tak apa.. jadikan sebagai cabaran dan buktikan kita boleh dan pasti berjaya! Hehehhe... baru lah terbeliak biji mata masing-masing yang kutuk tu kan...

●●Dan juga, saya akan sentiasa rujuk semula 2 buah ebook jika saya hadapi masalah tak turun berat.

2 buah ebook ni saya berharga RM60. Satu tu tajuknya "KAWAL SELERA MAKAN" dan satu lagi "HILANGKAN LEMAK BADAN DENGAN BERKESAN". Memang menjadi rujukan saya sampailah saya dah kurus.

Yes!! Saya dah tinggal 24% saja lemak badan. Berat badan hilang 23 kilo dari 82kilo jadi 49kilo.


♡♡Sebabtu kan, sampai sekarang saya akan bantu customer selim saya yang saya dah anggap kawan dengan tips-tips semua ni. Istimewa untuk mereka dan yang mendaftar ahli dengan saya. Saya bagi FREE duah buah EBOOK ni.

●●PERCUMA!!! saja dengan belian set selim shaklee atau pendaftaran ahli dan saya beri tambahan exclusive invitation ke grup secret FB khas untuk selim melim dengan Za. Semudah ABC.

●●Dalam grup rahsia tu boleh gali banyak tips harian serta contoh MENU makanan dengan kalori badan.
In Shaa Allah saya berikan yang terbaik. Hasilnya buat masa ni pada yang ikuti tips dan menu serta bantuan nutrisi vitamin shaklee untuk betulkan sistem badan ni, sudah ramai yang berikan maklumbalas pada saya sudah berjaya kurus, badan ringan, suami puji & rasa lebih gembira.

& Semoga sesiapa yang masih belum berjaya tu, ikut satu persatu tips ni dan konsisten.

Semoga bermanfaat!

Pada yang berminat nak join programme selim melim online dengan Za, KURUS semudah ABC, boleh hubungi saya ya.


SMS.call hubungi Faizah : 018-2003707 "KURUS"

(๑‵●‿●‵๑) (๑‵●‿●‵๑)(๑‵●‿●‵๑)(๑‵●‿●‵๑)

Pengedar shaklee Sijangkang, Telok Panglima Garang, Shah Alam, Damansara.
Pengeposan produk shaklee seluruh Malaysia, Sabah Sarawak, Brunei dan Singapura.



SERONOK BILA DAH KURUS!!! selim!!


hihi.. KURUS DAN SELIM, encik suami boleh dokong!! weee,, Syokk!!

8 comments:

  1. Wah..nak kurus sampai en. Suami leh dukung jugak..tq faizah for the sharing..

    ReplyDelete
  2. Semangat kembali pulih..tq za...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihikz.. gud akak! Semoga tercapai kak kurus okeh!

      Delete
  3. Andainya nekad nk capai sesuatu..mesti mbuahkan hasil..dgn izin Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya puan ana. Nekad, ada ilmu dan amal.. in shaa Allah di permudahkanNya... ;)

      Delete
  4. wah wah kurusnyaaaa ! tahniah kak! Najla teringin jgk nak kurus gitu sobsob hahaha

    http://najlamohayidin.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq najla... t najla pun boleh kurus jugak.. :-)

      Delete

 

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.