Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

SOTONG ASAM PEDAS

SOTONG ASAM PEDAS
Hehe.. petang tadi rajin nak masak kegemaran encik huby.. almaklum encik huby asal orang melaka memang suka asam pedas. Lepas dinner sotong asam pedas ni huby puji sedapp.. suka2.. licin makan.. & Since ade y nak resepi semalam yang saya masak.. ni saya bagi resepinya...
Bahan:-
♡6 ekor sotong - sederhana besar, bersihkan dan potong ikut suka..saya potong bulat2..
-6 sudu makan cili kering kisar
(-1 biji bawang besar
-3 ulas bawang putih dikisar)
-3 biji buah pelaga
-5 tangkai daun kesum saya petik belakang rumah
-1 biji tomato saiz besar - dibelah 4
-7 batang bendi
-1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
-2 cawan air asam jawa (2 sudu asam jawa) /secukupnya
-minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
♡Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan kisar dan buah pelaga dengan api sederhana. ♡Masak sehingga pecah minyak.
♡Masukkan air asam jawa (tak perlu cair sgt, sebab sotong akan mengeluarkan air juga nnt. Huby saya suka masak asam yang pedas dan pekat)
♡Masukkan asam gelugor, daun kesum dan bendi.. biarkan kuah mendidih.
♡Masukkan sotong dan perlahankan api.
♡Masukkan garam secukup rasa. ♡Biarkan kuah mereneh sekejap hingga naik kemerah-merahan.
♡Kemudian masukkan tomato dan terus tutup api agar tomato tidak layu sangat.
Enjoy! Selamat mencuba... hehe ;)
www.lovelyzaiz.com

No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.