Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

Macaroni SOTONG bunga dan udang

Macam biasa.. semangat masak-masak bila mata disajikan makanan enak di facebook.
Mulalah saya nak TRY & ERROR gabung2 resepi sesuka hati saya.. alhamdulillah. Adik bongsu saya fatin & encik huby suka.. sedap dan licin mereka makan. Sebab makan malam, macaroni saya kira.. jangan berlebih2.
Bahan-bahan ( 3 orang makan ) :
35 biji makaroni(direbus kembang dan tos)
300 gm sotong - potong bulat dan potong tepi2 die (sebab nak bentuk bunga)
300 gm udang sederhana -
200 gm bunga kobis potong kecil
1 ulas setengah tomato potong dadu
1 ulas bawang besar di cincang
9 biji cili padi
2 biji cili besar
1 sudu air asam
1 sudu je minyak masak (saya guna minyak bunga matahari)
garam secukup rasa
Hiasan daun limau purut dan wangikan
Cara-cara:
Panaskan sedikit minyak masak.
Tumiskan bawang besar sehingga naik bau.
masukkan cili padi dan goreng sehingga garing , masukkan tomato dadu dan bunga kobis sehingga bunga kobis empuk.
Masukkan air asam, sotong dan udang kacau sampai masak
masukkan makaroni dan gaul.
Matikan api, tabur daun limau purut dan biar dalam kuali bertutup sekejap.
Angkat dan dihidangkan.
Tambahan: resepi ni pedas dan masam sikit sebab encik huby saya memang suka yang pedas2 dan masam. Emmm... dapp nyeeee....
Tips: Boleh dijadikan menu utk parti hari jadi kanak-kanak sebab menarik sotong bunga tu tapi cili padi tu kurangkan ya.
Best things: resepi ni hanya menggunakan 1sudu minyak masak + tiada GULA + bahan2 masakan tidak menggunakan apa2 sos atau pes.
Selamat mencuba!
In shaa Allah, sihat dan berkhasiat. Semoga bermanfaat!
Dedikasi : tQ kak Noraslinda Bugal mengilhamkan sotong bunga yang menarik hati saya tengahari tadi di wall FB. Saya pulak terus terilham dan masak2 MACARONI SOTONG BUNGA & UDANG dengan gabungan resepi sukahati saya ni..
Faizah
Shaklee id 916981
"Memasak dengan penuh kasih sayang dan menitik beratkan manfaat kebaikan dan khasiat setiap bahan masakan."

No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.