Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

nasi tomato ayam masak merah simple (lebih sihat tanpa gula, tanpa minyak sapi, tanpa Sos cili dan tanpa sos tomato / tomato puree)

Salam buat semua
Okay, tgk tajuk harini... NASI TOMATO! Ada beberapa kawan dan sedara mara yang minta uploadkan resepi dan gambar nasi tomato + ayam masak merah di blog LOVELYZAIZ...  dia orang tengok gambar nampak sedap kot! Hehehe perasan!! Perasan ponn adik dan suami makan bertambah. Nasi dalam periuk licinnn~~
Okay, entry ni maybe panjang sket sebab atas permintaan rakan-rakan, nak kena buat step by step. Insyaallah boleh buat bila2 nanti yer!

Sebenarnya resepi ni adalah gabungan resepi yang saya dok usha usha kat internet dan saya dah ubah lebih sihat tanpa gula, tanpa minyak sapi, tanpa Sos cili dan tanpa sos tomato. Tomato puree pon saya tak guna.. So saya rasa In sha Allah ianya akan jadi nasi tomato yang paling best antara yang ter best dalam famili saya lah.... kua kua kua kua kua.... (Perasan lagi~~ :p)

nasi tomato ayam masak merah simple

Bahan-bahan ( 5org makan )

bahan A : untuk nasi
2 pot beras
2 s/b cili kisar
3 biji tomato fresh dipotong dadu
1 labu bawang besar ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 cm halia , bunga lawang, kulit kayu manis , n buah keras(secukupnyer)
planta untuk menumis n garam secukup rasa

bahan B : untuk ayam masak merah
1 ekor ayam
10 s/b cili kisar
3 biji tomato fresh dipotong dadu
1 labu bawang besar **
4 ulas bawang putih **
2 cm halia **
2 batang serai dititik
1 cawan air asam jawa
minyak untuk menumis n garam secukup rasa
Cara-cara

beras dibasuh bersih n toskan.
tumiskan bawang besar n bawang putih,buah keras,kulit kayu manis,bunga lawang n halia dgn planta sehingga naik bau.masukkan cili kisar.tumis sehingga masak.
masukkan tomato fresh tadi dan tumis sehingga bentuk dadu hancur / masak.
masukkan ke dalam periuk beras n kacau rata.masukkan garam.n masukkan air yg cukup untuk masak beras. klu ikot sukatan sy 2 pot beras : 2.5 pot air.
bahan B : tumiskan bahan berkisar yg bertanda ** sehingga naik bau.masukkan cili kisar tumis sehingga pecah minyak.masukkan tomato fresh tadi dan tumis sehingga bentuk dadu hancur / masak.
masukkan juga garam. tak perlu gula sebab tomato fresh ade manis semulajadi. Kalau nak letak madu pun boleh gak.. setengah sudu ok lerrr..
ayam digoreng separuh masak terlebih dahulu.kemudian masukkan kedlm tumisan yg kte masak td.masukkan juga serai yg dititik.
setelah ayam masak,hidangkan dengan nasik tomato td.


Taraaa!! jadi dah~~ selamat mencuba resepi saya ni..

:) In Shaa Allah, sedap!!

1 comment:

 

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.