Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

Produk Shaklee Untuk Ulser Mulut

Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.



Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.

Tanda-Tanda Ulser Mulut

>> tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. Ia boleh terjadi di kawasan mulut yang lain sperti gusi dan lidah.. (Lihat struktur mulut)
>> sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.



Sebab-sebab terjadinya ulser mulut

>> kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
>> kekurangan zat dalam makanan yang diambil.   
>> tekanan perasaan (stress).
>> alahan kepada makanan seperti nenas dan sebagainya.
>> penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
>> pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
>> kurang minum air masak
Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya. 

Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan. 

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi. 
Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut: 
a. Banyak minum air suam.
b. Berehat dan tidur dengan cukup.
c. Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
d. Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang.
Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin C

Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut.


ATASI ULSER MULUT SEBELUM IANYA MENJADI PARAH IAITU KANSER MULUT.


Kanser Mulut bagi Dewasa
Latar belakang
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
Lokasi yang sering terjadi kanser mulut
Kanser mulut sering terjadi di lokasi berikut :
  • Lidah
  • Lantai mulut
  • Lapisan dalam pipi
  • Gusi
  • Lelangit
  • Bibir bawah
Faktor-faktor risiko
Berikut adalah faktor- faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut :
  • Merokok
  • Mengunyah tembakau
  • Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
  • Minum alkohol yang berlebihan
  • Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan
Apakah tanda-tanda kanser mulut ?
Terdapat tanda-tanda kelainan seperti berikut di dalam mulut:
  • Ulser yang lambat atau tidak sembuh
  • Tompok putih (leukoplakia)
  • Tompok merah (erythroplakia)
  • Nafas berbau (halitosis)
Anda juga mungkin mengalami :
  • Kesakitan
  • Kesukaran mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah.
  • Rasa kebas pada lidah atau mana-mana bahagian dalam mulut.
  • Kesukaran membuka mulut.

Komplikasi
Sel-sel kanser boleh merebak (metastasis) ke bahagian lain badan.
Apa yang perlu anda lakukan ?
Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda:
  • Tidak merokok
  • Tidak minum minuman alkohol
  • Tidak mengunyah tembakau / pinang
  • Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian
  • Lakukan pemeriksaan mulut sendiri
Kanser mulut dan tabiat merokok
Berhenti merokok melebih dari 3 tahun boleh mengurangkan risiko kanser mulut sebanyak 50%.
Pemeriksaan mulut sendiri
  • Pastikan cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk melihat bahagian dalam mulut.
  • Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh.
  • Menggunakan ibu jari dan jari untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor pergigian.
Bertindak sebelum parah..

Suplemen Shaklee untuk ulser mulut adalah :

     
>> Vitamin C - untuk meningkatkan sistem imune
>> B Complex - untuk elakkan daripada tekanan perasaan
>> Carotomax - vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut
>> Vitalea - meningkatkan ketahanan dari jangkitan dan penting untung pertumbuhan sel dan pembiakan
>> Zinc Complex  - cepatkan proses penyembuhan
>> Vivix >> menyokong sistem imune 
   

Jika anda berminat, sila add FB saya https://www.facebook.com/lovely.faizah untuk bersembang secara langsung dengan saya,



atau 





atau 


boleh call/WhatsApp saya, Lovely Faizah di 018-2003707



** COD bagi kawasan Telok Panglima Garang, Jusco Bukit Tinggi Klang dan KTM Batu 3 Shah Alam

No comments:

Post a Comment

 

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.