Followers

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan manusia."

Facebook Badge

KELOID... cadangan rawatan dengan GLA & VITAMIN E SHAKLEE..

KELOID... cadangan rawatan dengan GLA & VITAMIN E SHAKLEE.. 

KELOID... parut yang tidak tahu bila hendak berhenti membesar’... huhuhu ;((
 saya ada masalah ini, rasanya keturunan, kerana nenek dan beberapa org makcik saya juga mengalami masalah yang sama. Apabila tisu mengalami kecederaan, tisu penghubung yang dipanggil fibroblas akan membahagi (menjadikan jumlahnya berganda) dan mengisi luka supaya bahagian ini bercantum. Proses penyembuhan luka biasanya meninggalkan parut. Kadangkala parut ini menjadi tebal, tetapi jika ia hanya di atas garisan luka, ia dipanggil parut hipertrofi. Parut jenis ini boleh surut selepas satu tempoh yang mungkin mengambil masa satu tahun atau lebih.

Namun, ada juga keadaan di mana saiz parut yang menebal ini menjadi semakin besar sehingga melepasi kawasan luka dan ia dipanggil keloid. Oleh kerana saiznya yang boleh bertambah, ada orang menggelar keloid sebagai ‘parut yang tidak tahu bila hendak berhenti membesar’. Berita sedihnya, ia tidak mudah untuk dihilangkan.

Keloid terjadi apabila tisu penghubung terus membahagi walaupun bahagian luka sudah dipenuhi dengan tisu baru sehingga menyebabkan kawasan luka ini menjadi timbul. Jika tidak dirawat dari awal, keloid atau parut yang timbul lebih sukar untuk ditangani.

Ia boleh berlaku pada sesiapa saja, tetapi sesetengah bahagian badan lebih cenderung mengalami keloid contohnya belakang badan, telinga, lengan, bahu dan dada. Mengapa? Tiada siapa yang tahu jawapannya, kata Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Assunta, Dr Kuladeva Ratnam. Pun begitu, keloid jarang berlaku pada muka.

Apa yang menyebabkan keloid? 
Sehingga sekarang pakar perubatan masih tidak tahu apa yang menyebabkan keloid berlaku atau mengapa sesetengah orang mengalami masalah ini. Walaupun punca sebenar keloid tidak diketahui, tetapi penyelidikan mendapati keloid adalah keadaan yang diwarisi, maknanya ada kaitan dengan faktor genetik.

Individu yang mengalami walaupun satu keloid berisiko tinggi untuk mendapat lebih banyak keloid. Biasanya keloid terbentuk apabila berlaku kecederaan kulit disebabkan tindik, jerawat, tatu, luka (sama ada akibat terbakar, pembedahan, terkena objek tajam), calar dan suntikan.

Menurut Dr Kuladeva, keloid boleh dikawal, tetapi tidak dapat dicegah kerana tiada siapa tahu bagaimana dan kenapa ia terjadi. Malah pemakanan juga tidak mempunyai kaitan dengan pembentukan keloid.

Gejala dan faktor risiko:

Keadaan parut dipengaruhi banyak faktor seperti saiz dan kedalaman luka, bekalan darah ke kawasan luka, ketebalan parut dan kecenderungan sama ada ia sama rata dengan kulit atau timbul.

Parut yang timbul ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu keloid dan parut hipertrofi. Keloid adalah parut timbul yang boleh membesar melepasi kawasan luka manakala parut hipertrofi yang tebal dan berwarna kemerahan hanya berkumpul di atas kawasan luka. Bagaimanapun, parut hipertrofi akan surut sedikit selepas satu tempoh sedangkan saiz parut keloid akan terus kekal dan tidak mengecil melainkan diberikan rawatan.

Parut keloid mempunyai beberapa ciri seperti licin, berkilat, benjolan yang agak keras dan berkumpul. Warnanya berbeza antara individu, ada yang mengikut warna kulit, merah atau coklat. Ia juga mungkin kelihatan berombak yang sekata atau tidak sekata. Keloid boleh jadi bengkak, sakit dan gatal terutama ketika pembentukannya.

Biasanya keloid berlaku selepas kulit alami kecederaan. Namun ada juga keadaan di mana parut keloid ini berlaku secara spontan, tetapi kes seperti ini sangat jarang terjadi. Pun begitu, menurut Jurnal Persatuan Perubatan Kanada, pakar percaya ia bukanlah kejadian spontan, tetapi mungkin berlaku akibat reaksi keradangan yang tidak jelas kelihatan atau terlalu remeh untuk diingati.


Rawatan

Kaedah terbaik mengatasi keloid ialah jangan benarkan ia berlaku, dalam kata lain, elakkan diri daripada mengalami sebarang perkara yang boleh menyebabkan kecederaan kulit. Terlebih dulu, doktor akan membuat pengesahan dulu sama ada parut itu keloid atau parut hipertrofi kerana kaedah rawatannya berbeza.

Secara umumnya rawatan keloid boleh dibahagikan kepada dua jenis sama iaitu pembedahan dan bukan pembedahan. Dalam kebanyakan kes, doktor akan memulakan rawatan dengan memberi suntikan steroid. Jika kaedah ini tidak berkesan, barulah doktor akan beralih kepada pembedahan.


Antara kaedah yang digunakan untuk merawat keloid ialah:
  • Suntikan ubat steroid pada keloid. Ia kaedah yang selamat dan tidak menyakitkan yang bertujuan mengurangkan ketebalan keloid serta mengawal pertumbuhannya. Suntikan biasanya diberikan setiap enam minggu sehinggalah kesannya dapat dilihat dengan jelas. Ia membantu meleperkan keloid, tetapi dalam steroid juga boleh menyebabkan keloid menjadi lebih merah kerana ia merangsang pembentukan salur darah baru pada kulit.
  • Pembedahan. Untuk mengurangkan ketebalan keloid. Keloid tidak boleh dibuang kerana ia boleh tumbuh semula. Namun, doktor mungkin mencadangkan untuk anda menjalani teknik graft kulit untuk mengurangkan ketegangan pada kulit dan menggalakkan penyembuhan secara normal. Pada masa sama ia juga mengurangkan peluang pembentukan keloid.
  • Jika anda mengalami masalah ini, pastikan anda mendapatkan rawatan daripada pakar kerana peluang untuk keloid muncul semula selepas pembedahan adalah sangat tinggi.
  • Rawatan laser. Selepas pembedahan, rawatan boleh disusuli dengan laser atau radioterapi. Kemudian rawatan diteruskan dengan kaedah bukan pembedahan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
  • Urutan. Individu yang ada masalah keloid boleh melakukan sendiri urutan pada parut dengan memicit dan menekan-nekan bahagian yang timbul. Selain itu anda juga boleh membalut kawasan berparut dengan tujuan memberi tekanan kepada bahagian berkenaan.
  • Untuk menangani masalah keloid ni, saya ada cadangan rawatan yang TERBAEKKuntuk anda!!




    boleh menghubungi saya untuk mendapatkan info dan consultation mengenai supplement ini, kaedah pemakanan dan cadangan rawatan. PM untuk mendapatkan harga terbaik juga!



    Punca Gastrik dan Cara Mengatasinya

    Apa itu gastrik

    istilah perubatannya, gastritis, sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

    Punca Gastrik

    Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk.

    Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

    Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang.

    Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.

    Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut.

    Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

    Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan.

    Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

    Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

    Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.

    Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.

    Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.

    Gejala Gastrik
    • Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
    • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol. 
    • Mual. 
    • Muntah. 
    • Hilang selera dan terasa sebu. 
    • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit. 
    • Hilang berat badan.
    • Pedih ulu hati.

    Bahaya Gastrik

    Jika keradangan ini dibiarkan tanpa rawatan, lama kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. 
    Petikan di atas merupakan pengalaman pesakit gastrik yang lambat menerima rawatan sehingga pundi hempedunya terpaksa dibuang.

    Cara Mengawal/Menangani Gastrik

    Lazimnya, gastrik dirawat dengan pil yang membantu mengurangkan simptom angin dalam badan dan pengambilan prebiotik yang mengandungi beberapa jenis bakteria baik yang melawan Helicobacter pylori  tadi.   

    BEBERAPA langkah boleh diambil untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik, iaitu:
    1. Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut. 
    2. Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
    3. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
    4. Elakkan tidur sebaik selepas makan. Petua orang tua2 ini sebenarnya amat bagus kerana perbuatan tidur sebaik selepas makan mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah2 kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,
    5. Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.
    6. Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
    7. Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.
    8. Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.
    9. Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
    10. Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.
    11. Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit

    Bagaimana Shaklee boleh membantu?
    Jika anda sering mengalami masalah perut berangin yang menyumbang kepada masalah gastrik, kita syorkan B Complex, Ostematrik dan ESP untuk membantu mengurangkan gejala ini. ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan gastrik. B Complex dan Ostematrix pula disarankan kerana kandungan supplemen ini menyamai ubat gastrik yang dibekalkan doktor namun, ianya lebih semulajadi, tanpa pengawet, pewarna atau perasa tiruan.

    Jika anda berminat mengawal gastrik dengan cara semulajadi, sihat dan tanpa ubat-ubatan yang boleh membawa kesan jangka panjang, sila hubungi saya:

    sms/whatsapp/viber: 018-2003707 @ 017-3214707
    emel: faizah85@gmail.com
    fb: LoVely FaiZah

    SHARE & LIKE PAGE & ARTIKEL INI



    segalanya tentang GLA..

    segalanya tentang GLA..

    GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel


    Sumber GLA
    Minyak Primrose
    Blackcurrent
    Minyak Borage


    Kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni
    • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
    • Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
    • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
    • Membantu dalam menangani menopus
    • Menguatkan kuku dan rambut
    • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
    • Membantu menangai ekzema
    • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
    • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
    • Menguatkan imuniti tubuh
    • Memperlahankan proses penuaan
    • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
    • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
    • Mengawal kolesterol
    • Untuk fungsi saraf
    • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
    • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.


    Siapa yg perlukan GLA Complex:
    ~ Diabetes
    ~ Period tidak teratur
    ~ Mencantikkan kulit (jeragat, jerawat, parut2 jerawat, kulit sensitif dll)~ tingkatkan kesuburan (untuk cuba hamil)

    • Kencing Manis - Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis
    • Arthritis - GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk arthirtis reumatoid
    • Payudara fibrocystic
    • Osteoporosis - kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang semua yang boleh menyumbang kepada jisim tulang yang lebih baik.
    • PMS - Sesetangah wanita mendapati gejal-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payudara dan perasaan kemurungan serta kerengsaan dan pembengkakan rahin.
    • Alahan - Orang yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA kepada GLA. Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah.
    • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD)
    • Ketagihan alkohol - GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati.
    • Kanser
    • Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung - Kajian menunjukkan bahawa GLA, samada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak penting, EPA dan DHA kedua-dua ditemuidalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
    • Ulser
    Sebarang pertanyaan:
    sms/whatsapp/viber: 018-2003707 @ 017-3214707
    emel: faizah85@gmail.com
    fb: LoVely FaiZah

    Di sini bermula

    Assalamualaikum wbt...

    Bermulalah sebuah kisah~~ hobi bertukar menjadi cinta... try2 je ni.. hahaha
     

    Disclaimer #1

    Sebarang penulisan di LovelyZaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak samada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Dilarang untuk mencetak/menyalin sekiranya bukan bertujuan untuk perkongsian ilmu.

    Disclaimer #2

    Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.